Sunday, 13 December 2015

PISA DAN TIMSS

 Ujian PISA dan TIMSS
Programme International Student Assessment (PISA) merupakan pentaksiran yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa dan diselaraskan oleh OECD (Organisation For Economic Co-Operation and Development). Tujuan PISA diadakan untuk menilai kecekapan murid berumur 15 tahun dalam Bacaan, Matematik dan Sains. Sehubungan itu, kita dapat melihat keupayaan pelajar mengaplikasi pengetahuan dalam kehidupan harian. 74 buah negara termasuk negara bukan anggota OECD menyertai pentaksiran yang dikendalikan setiap tiga tahun.
OECD berpendapat bahawa PISA merupakan satu kaedah yang sangat unit kerana ini merupakan satu- satunya kajian pendidikan antarabangsa yang mengukur kemahiran dan pengetahuan pelajar yang berusia 15 tahun. Malaysia telah menyertai PISA  pada tahun 2009 dan berada kedudukan ke 57 daripada 74 buah negara. Skor yang Malaysia dapat pada masa itu 404 dengan min 458. Manakala pada tahun 2012 Malaysia berada pada kedudukan 52 daripada 65 buah negara dengan skor 421 berbanding skor antarabangsa 494. Berdasarkan skor dan kedudukan yang kita perolehi, Malaysia perlu mempertigkatkan lagi pretasi agar pendidikan Malaysia setaraf dengan negara seperti China, Singapura, Korea Selatan, Jepun dan Finland. Beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada pretasi Malaysia antaranya sikap pelajar itu sendiri yang menganggapkan ujian PISA ini tidak penting. Kebanyakkan pelajar yang menyertai ujian PISA tidak bersungguh- sugguh menjawab soalan kerana bagi mereka tidak member kesan kepada pretasi mereka tetapi akan memberi kesan kepada negara kita, Malaysia. Selain itu, sikap guru itu sendiri yang lebih mengutamakan untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran dengan cepat. Kebanyakkan pelajar hanya menghafal konsep tetapi tidak memahami konsep sebenar apa yang dipelajari oleh mereka sendiri. Bagi mengatasi masalah kemerosotan PISA, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan satu sistem Pentadbiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS ini hanya dilakukan di negara-negara maju seperti Australia, Britain, Hong Kong. Dengan kemajuan sekarang ini telekomunikasi dan ICT yang canggih dan moden, pentadbiran sistem PBS dipermudahkan. Tujuan PBS adalah untuk melahirkan graduan yag berkualiti bukan sahaja dari segi akademik malah dalam bidang ko-kurikulum
Manakala Trends in Interational Mathematics and Science Study (TIMSS) merupakan pentaksiran antarabangsa berasaskan kurikulum sekolah bagi mata pelajaran Matematik dan Sains di seluruh dunia. Pentaksiran merangkumi dua aspek iaitu pengetahuan kandungan seperti Algebra dan Geometri dan kemahiran kognitif seperti proses pemikiran berbentuk pengetahuan, aplikasi dan penaakulan. Sehingga kini lebih 59 negara menyertai pentaksiran yang dilakukan empat tahun sekali. Ini merupakan satu kajian IEA (The International Association for the Evaluation of Educational Achievement) dimana ia berpusat di Amsterdam, Belanda. TIMSS merupakan laporan yang membandingkan pencapaian Matematik dan Sains sesebuah negara di peringkat dunia yang telah dilaksanakan pada tahun 1995. Penilaian ini dilakukan ke atas pelajar dari tahun 4 dan tingkatan 2. Sekaligus ujian ini membuka peluang Malaysia untuk mengetahui kedudukan dan pretasi pelajar dalam kalangan negara-negara peserta.

Kita perlu berusaha bagi meningkatkan lagi pencapaian pendidikan negara terutama Sains dan Matematik. Hal ini terbukti apabila penurunan keputusan TIMSS berbanding dengan negara yang terlibat seperti Hong Kong, Singapura dan Korea Selatan. Sekiranya tiada usaha untuk mempertingkatkan martabat pendidikan di negara ini, maka Malaysia akan menghadapi risiko ketinggalan dalam pendidikan pada masa kini dan kurang berdaya saing pada masa hadapan. Antara isu yang dibangkitkan kenapa Malaysia tidak dapat pencapai tahap pendidikan seperti Hong Kong, Singapura  adalah kerana masalah bahasa terutamanya bahasa Inggeris. Menurut Mohini (2008) dan Aziz (2004) pengajaran Sains dan Matematik dalan bahasa Inggeris menambah satu lagi masalah kepada pelajar. Hal ini kerana, pelajar tidak bersedia, tidak berminat dan tiada keyakinan dalam penggunaan bahasa Inggeris. Oleh itu, bagi pelajar sederhana dan lemah dalam akademik, mereka akan menghadapi masalah yang berganda berbanding dengan pelajar yang mempunyai pretasi yang tinggi  Namun pada 8 Julai 2009, Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyidin Yassin telah memansuhkan PPSMI dan kabinet telah memutuskan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)

No comments:

Post a Comment