Thursday, 24 December 2015

KSSR DAN KSSM

Pelaksanaan Sistem Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan untuk memastikan murid diajar dengan kemahiran, ilmu pengetahuan dan nilai yang baik supaya dapat menghadapi cabaran pada abad ke 21 (Kementerian Pelajaran Malaysia 2012). KSSR diperkenalkan bagi menyusun semula dan menambahbaikan di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Menurut Kulanzsalleh (2011), KSSR merupakan satu transformasi pendidikan dimana proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistic kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubhan dari aspek organisasi, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. KBSR hanya menekankan kepada elemen kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dimana para pelajar hanya perlu berbincang di dalam kumpulan bagi menyelesaikan sesuatu isu manakala KSSR pula menekankan elemen kreativiti dan inovasi. Hal ini sejajar dengan perubahan umur dari tahun- tahun seterusnya bagi membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut. 
Kementerian juga akan menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal selagi sekolah boleh menyampaikan hasil pembelajaran dan kandungan yang digariskan dalam kurikulum.
Seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu ini, kementerian akan mengkaji kemungkinan melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana. Ini termasuklah membenarkan murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding lima tahun sekarang, dan menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun berbanding enam tahun.
Selanjutnya, peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan akan dirombak untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi, seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu. Sebagai contoh menjelang tahun 2016, peperiksaan UPSR akan mengandungi 80 peratus soalan berbentuk pemikiran aras tinggi.

No comments:

Post a Comment