Pelaksanaan Sistem Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) diperkenalkan untuk memastikan murid diajar dengan kemahiran, ilmu
pengetahuan dan nilai yang baik supaya dapat menghadapi cabaran pada abad ke 21
(Kementerian Pelajaran Malaysia 2012). KSSR diperkenalkan bagi menyusun semula
dan menambahbaikan di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Menurut
Kulanzsalleh (2011), KSSR merupakan satu transformasi pendidikan dimana proses
melakukan satu bentuk perubahan yang holistic kepada kurikulum persekolahan
sedia ada yang melibatkan perubhan dari aspek organisasi, pedagogi, peruntukan
masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. KBSR hanya
menekankan kepada elemen kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dimana
para pelajar hanya perlu berbincang di dalam kumpulan bagi menyelesaikan
sesuatu isu manakala KSSR pula menekankan elemen kreativiti dan inovasi. Hal
ini sejajar dengan perubahan umur dari tahun- tahun seterusnya bagi membantu
memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut.
Kementerian juga akan menimbang pindaan kepada
peraturan sedia ada untuk memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan
jadual anjal selagi sekolah boleh menyampaikan hasil pembelajaran dan kandungan
yang digariskan dalam kurikulum.
Seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu
ini, kementerian akan mengkaji kemungkinan melaksanakan laluan pembelajaran
pintas selain pendidikan arus perdana. Ini termasuklah membenarkan murid
berpencapaian tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat
tahun berbanding lima tahun sekarang, dan menamatkan sekolah rendah dalam masa
lima tahun berbanding enam tahun.
Selanjutnya, peperiksaan dan pentaksiran
kebangsaan akan dirombak untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir
aras tinggi, seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu. Sebagai contoh
menjelang tahun 2016, peperiksaan UPSR akan mengandungi 80 peratus soalan
berbentuk pemikiran aras tinggi.