Thursday, 19 November 2015

PERNCAPAIAN UPSR 2015

ULASAN


Merujuk kepada artikel dia atas menujukkan bahawa terdapat peningkatan keputusan akademik di kawasan bandar mahupun sekolah luar bandar. Di sini kita lihat kprihatinan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan sedaya upaya memberi kemudahan yang sama rata kepada pelajar di luar bandar. Hal ini bagi mengelakkan pelajar-pelajar yang tinggal dikawasan luar bandar terutamanya kawasan pedalaman tidak tercicir dalam pelajaran kerana dengan adanya ilmu pengetahuan yang ada ini dapat kita mengubah nasib keluarga kita.

Wednesday, 18 November 2015

JURANG AKADEMIK SEKOLAH BANDAR DAN LUAR BANDAR


BERITA HARIAN 17/11/2015


Faktor lokasi juga merupakan salah satu faktor yang boleh menjadi jurang pencapaian akademik pelajar di sekolah. Lokasi boleh dibahagi kepada dua iaitu kawasan bandar atau kota dan luar bandar atau kampung. Menurut Melvin ,Marcus & Thomas (1985), bandar merupakan suatu unit politik atau suatu petempatan yang besar. Bandar juga merupakan satu gabungan antara tempat dengan penghuninya. Selalunya bandar dikenali kerana fungsinya yang mempunyai banyak kemudahan yang tiada batasnya. Mereka juga menyatakan luar bandar ialah kawasan desa dan kawasan penempatan yang meliputi semua jenis kampung. Kawasan luar banda rmerupakan penempatan kecil yang mempunyai kurang dari 10,000 orang penduduk dan kawasan pertanian serta kawasan sumber alam semulajadi.

            Jurang pencapaian pelajar sekolah bandar dan luar bandar dalam matematik juga antara isu yang timbul dek kerana penggunaan Bahasa Inggeris dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sekolah. Seperti yang kita tahu, pencapaian pelajar sekolah luar bandar jauh ketinggalan berbanding pencapaian pelajar sekolah bandar. Pada pandangan mereka, matematik adalah mata pelajaran yang sukar. Keadaan bertambah buruk lagi apabila terpaksa akur dengan saranan kerajaan yang mencadangkan Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris sejak tahun 2003. Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai masalah yang meningkatkan jurang pencapaian pelajar luar bandar dan bandar dalam mata pelajaran matematik khususnya.
           
Hal ini juga disebabkan oleh kekurangan guru-guru yang berkemahiran bertugas di luar bandar. Masalah ketidaksepadanan opsyen dalam kalangan guru telah mengakibatkan proses P&P terganggu. Sebagai contoh, guru yang bukan opsyen Matematik terpaksa mengajar matematik disebabkan guru yang sepatutnya mengajar Matematik tidak melapor diri di sekolah luar bandar. Hal ini disebabkan bilangan guru yang berjaya mendapat penempatan kerja hampir 61.8% adalah guru wanita. Statistik ini diambil oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2000. Menurut KPM, kesukaran menempatkan guru-guru wanita ke luar bandar telah mengakibatkan ketidakseimbangan opsyen berlaku di sekolah luar bandar. Akibatnya, pelajar-pelajar di luar bandar diajar oleh guru-guru yang tidak berpengalaman mengajar dalam opsyen tertentu.
           
Selain itu, faktor prasarana yang tidak mencukupi juga telah mengakibatkan jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar berlaku. Keadaan bilik darjah yang tidak kondusif telah mengganggu konsentrasi pelajar untuk belajar. Bilangan kerusi dan meja yang tidak mencukupi telah mengakibatkan para pelajar tidak berminat untuk belajar. Kekurangan sumber rujukan berbahasa Inggeris di pusat sumber juga telah menyebabkan pelajar-pelajar sukar memperolehi maklumat tambahan berkaitan pembelajaran mereka. Keadaan sekolah-sekolah di luar bandar ini sangat berbeza dengan sekolah bandar. Ketidakseimbangan bekalan komputer juga berlaku di antara sekolah luar bandar dan bandar. Kemudahan-kemudahan asas seperti ini perlu disediakan dengan lebih banyak di sekolah luar bandar kerana pelajar di sekolah luar bandar lebih memerlukan bantuan seperti ini.
           
Jurang pencapaian pelajar sekolah bandar dan luar bandar dalam matematik juga berlaku disebabkan para pelajar tidak mendapat sokongan moral daripada ibu bapa mereka. Hal ini kerana, kebanyakan ibubapa yang berada di luar bandar mempunyai tahap pendidikan yang rendah. Ibubapa di luar bandar kebanyakannya tidak menyedari akan kepentingan anak-anak mereka mendapat pendidikan di sekolah lebih-lebih lagi kepentingan mempelajari Bahasa Inggeris. Apabila keadaan ini berlaku, anak-anak akan kurang minatnya terhadap pendidikan. Selain itu, faktor sosio ekonomi yang rendah juga telah menyebabkan keciciran berlaku di kawasan luar bandar dan pedalaman. Kajian Razali (1985) menyatakan bahawa keluarga yang berada selalu dikategorikan dengan mempunyai sikap yang optimis, harapan yang tinggi, kurang kebimbangan dan berfikiran terbuka. Sementara keluarga yang berpendapatan rendah pula dicirikan sebagai mempunyai sikap yang pesimis, harapan yang rendah, tidak berfikiran terbuka. Selain itu, pelajar-pelajar yang kurang berjaya tidak menerima sokongan dari ibubapa mereka untuk memberi mereka inspirasi dan kekuatan untuk membina keyakinan diri untuk berjaya. Jadi, peranan ibubapa sangat mempengaruhi pencapaian anak-anak mereka.

Keseluruhannya, sistem pendidikan negara mengalami perubahan yang lebih bertepatan dengan keperluan setempat. Perubahan  ini memberi kesan langsung terhadap perkembangan pendidikan yang selaras dengan era globalisasi yang  melibatkan semua peringkat sekolah seperti sekolah rendah, menengah dan juga institusi tinggi. Apa yang pasti, jurang pendidikan masih berlaku dan akan dapat dikurangkan dengan penyediaan asas secara berterusan dari masa ke sesama. Kementerian perlu merancang untuk melonjak sistem pendidikan ketahap yang lebih tinggi supaya masalah ini dapat diatasi. Hal ini demikan kerana kemajuan sesebuah negara sama ada dari segi teknologi ataupun ekonomi bergantung kepada generasi muda yang mempunyai keseimbangan dari aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi. Jadi, halangan-halangan melahirkan modal insan yang berdaya maju perlu dikenalpasti supaya pendekatan yang betul dapat dilaksanakann. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia perlu merapatkan jurang pendidikan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan. Bantuan persekolahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajar Malaysia mampu memenuhi matlamat dalam memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan aktiviti kokurikulum. Di samping itu, kejayaan dalam merapatkan jurang pendidikan boleh dicapai melalui usaha dan komitmen berterusan daripada semua pihak, terutamanya pegawai pelaksana, ibu bapa, badan bukan kerajaan, kumpulan masyarakat, dan penderma. Tambahan pula, semua pihak pelaksana haruslah mengambil perhatian dan komitmen yang tinggi bukan sahaja dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid, tetapi juga dalam aspek kebajikan dan keperluan sosial murid terutamanya di kawasan pedalaman.